SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2016)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



MEMBEKAL TERAS KEMUNING HITAM ASLI MENTAH & TASBIH

Pihak kami sedia membekalkan TERAS KEMUNING HITAM ASLI dalam kuantiti yang besar kepada pihak yang berminat. Hubungi untuk maklumat lanjut. Bermula Oktober 2015, pihak kami hanya membuat dan menjual tasbih Kemuning Hitam Asli hasil kerjatangan tukang-tukang dalam Malaysia sahaja dan sumber kemuning hitam juga 100% dari Malaysia.

MEMBEKAL TONGKAT ALI AKAR YANG BELUM DIPROSES & BUAH TONGKAT ALI

Jenis HITAM (POLYALTHIA BULLATA), KUNING/PUTIH/PASAK BUMI (EUROCOMA LONGIFOLIA) dan PINK/MERAH (JACKIA ORNATA). Kapasiti dapat bekal 500 - 700 kg sebulan untuk setiap jenis. Harga RM25 sekilogram. Berminat sila hubungi pihak kami.
Pihak kami juga sedia membekalkan hasi hutan/herba yang bersifat liar seperti (1) Raja Satong (2) Kacip Fatimah (3) Rempah Gunung (4) Ubi Jaga (5) Ubi Caring (6) Ubi Dagek (7) Ubi isi Terung Cekemar (8) Tongkat Ali Kuning (9) Tongkat Ali Hitam (10) Tongkat Ali Merah/Haji Samad (11) Madu Tualang Asli (12) Madu Kelulut Asli (13) Kulat Susu Harimau.....juga tunggul/kayu antik eksotik estetik seperti (14) Teras Kemuning Hitam (15) Teras Kemuning Kuning/Emas (16) Burlwood/Butut Kayu

Tuesday, February 17, 2015

Sedikit maklumat tentang “Badar Besi Firuz Emas”

Pendahuluan:

Terdahulu (klik)

(Gambar 1: Struktur dalam ketulan setelah dibelah; spesimen dari Temangan, Kelantan)
(Gambar 2: Struktur dalam ketulan setelah dibelah; spesimen dari Temangan, Kelantan)

  • Bentuk asal sebelum dibelahcanai adalah dalam bentuk ketulan atau bongkahan, seperti ibu besi berani (klik)[* Ibu besi berani itu sendiri dipanggil badar besi dan kekadang didalamnya terdapat bahagian logam kuning]


 (Gambar 3: Ada tompokan 'panau' logam yang lebih cerah)
(Gambar 4:Ada tompokan 'panau' logam yang lebih cerah)

  • Pada bahagian luar (kulit/tempurung) dilapisi logam hitam/kelabu/perang, bahkan kadang-kadang ditemui bercampur dengan tompokan 'panau' logam sedikit putih (gambar 3 & 4 diatas); dan bahagian ini dinisbahkan kepada besi.
  • Manakala pada bahagian dalam (isi/inti) terdapat bahagian logam kuning yang berada dalam matrik besi hitam/kelabu/perang tadi (gambar 2 diatas); dan bahagian ini dinisbahkan kepada emas [*logam kuning memerlukan urat matrik logam hitam untuk memegang atau mengukuhkan kedudukannya, jika tidak ia mudah terkumpil]
  • Selain mengandungi logam hitam/kelabu/perang dan kuning, kadang-kadang terdapat bahagian yang ia bercampur dengan batuan putih dan mineral hijau. Urat,  jalur atau tompokan hijau ini dinisbahkan kepada firuz (gambar 5 & 6 dibawah).

 (Gambar 5: Terdapat tompokan hijau)
(Gambar 6: Terdapat tompokan hijau)

Percampurannya menjadikan ia sama ada dipanggil:
  1. Badar besi (logam hitam/kelabu/perang) 
  2. Badar besi firuz (logam hitam/kelabu/perang + bahagian hijau) -contoh gambar 5 & 6 diatas
  3. Badar besi emas (logam hitam/kelabu/perang + logam kuning) -contoh gambar 7
  4. Badar besi firuz emas (logam hitam/kelabu/perang + bahagian hijau + logam kuning)
  5. Badar emas (apabila keseluruhan kelihatan seumpama 100% kuning)
  6. Badar emas firuz (kuning + hijau)


Mengambilkira selepas siap dicanai permata:

 (Gambar 7: Matrik logam kuning dan hitam; logam kuning lebih dominan - dan ianya tidak lekat magnet)
(Gambar 8: 4 biji permata lebih hitam bahagian bawah bersifat lebih pejal dan padat 
serta lekat magnet )

  • Bahagian besi hitam lebih cenderung lekat magnet, manakala bahagian logam kuning tidak lekat magnet. Jika bahagian besi hitam lebih dominan maka ia lebih cenderung untuk lebih lekat magnet, sebaliknya jika logam kuning lebih dominan maka ia kurang tidak untuk lekat magnet.
  • Bahgain logam hitam/kelabu/perang  (kulit/tempurung)biasanya lebih pejalpadat dan susah untuk pecah. Sebaliknya, bahagian lebih banyak logam kuning (isi/inti) ia kurang pejalpadat dan lebih rapuh.
  • Bahagian logam kuning tadi – yang istimewa dan uniknya – boleh berubah “hidup” warna kuning nya (1) kuning biasa (2) kuning cemerlang berseri mengalahkan emas (3) kuning sedikit keunguan. Perubahan ini bergantung kepada beberapa factor, antaranya (1) keadaan kelembapan persekitaran (2) kekerapan sentuhan/gosokan (3) diri
  • Nama panggilan lain, antaranya: Raja Besi, Kursani Nabi Khaidir, Kursani Sejati, Kursani Emas.

Badar Besi Firuz Emas – selain keunikkan warna kuningnya yang berubah “hidup” – percampuran bahan-bahannya adalah semulajadi oleh proses geologi yang telah ditentukan oleh Allah.

[Nota: Spesimen no.3-8 dari Pahang]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...