SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2016)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



MEMBEKAL TERAS KEMUNING HITAM ASLI MENTAH & TASBIH

Pihak kami sedia membekalkan TERAS KEMUNING HITAM ASLI dalam kuantiti yang besar kepada pihak yang berminat. Hubungi untuk maklumat lanjut. Bermula Oktober 2015, pihak kami hanya membuat dan menjual tasbih Kemuning Hitam Asli hasil kerjatangan tukang-tukang dalam Malaysia sahaja dan sumber kemuning hitam juga 100% dari Malaysia.

MEMBEKAL TONGKAT ALI AKAR YANG BELUM DIPROSES & BUAH TONGKAT ALI

Jenis HITAM (POLYALTHIA BULLATA), KUNING/PUTIH/PASAK BUMI (EUROCOMA LONGIFOLIA) dan PINK/MERAH (JACKIA ORNATA). Kapasiti dapat bekal 500 - 700 kg sebulan untuk setiap jenis. Harga RM25 sekilogram. Berminat sila hubungi pihak kami.
Pihak kami juga sedia membekalkan hasi hutan/herba yang bersifat liar seperti (1) Raja Satong (2) Kacip Fatimah (3) Rempah Gunung (4) Ubi Jaga (5) Ubi Caring (6) Ubi Dagek (7) Ubi isi Terung Cekemar (8) Tongkat Ali Kuning (9) Tongkat Ali Hitam (10) Tongkat Ali Merah/Haji Samad (11) Madu Tualang Asli (12) Madu Kelulut Asli (13) Kulat Susu Harimau.....juga tunggul/kayu antik eksotik estetik seperti (14) Teras Kemuning Hitam (15) Teras Kemuning Kuning/Emas (16) Burlwood/Butut Kayu

Sunday, May 29, 2016

BEBERAPA RINGKASAN TENTANG TERAS KEMUNING HITAM TERAS 99 PENAWAR

PENDAHULUAN
  • Teras Kemuning Hitam adalah teras eksotik istimewa yang evergreen, dikenali sebagai Teras 99 Penawar dan digelar juga sebagai Raja Herba.
  • Semasa fenomena Koka yang memuncak melanda dunia khususnya di Nusantara dan Tanah Arab/Afrika/timur tengah yang bermula awal 2001 (walaupun catatan yang dibukukan tentang Koka tahun 1990 telah ada) ~tasbih-tasbih Teras Kemuning Hitam telahpun 'dieksport' ke Mekah/Madinah dari Kelantan  ~dan Tasbih Kemuning Hitam ini dikenali serta digelar sebagai ‘Koka Malaysia’ lantaran ‘kelebihan’ yang ada padanya. Harga Tasbih 99 Teras Kemuning Hitam di Mekah/Madinah sekitar RM300 seutas. Dalam beberapa tahun kebelakangan, (1) daripada Jelawat Kelantan dieksport ke Hong Kong dalam bentuk gelang, dikenali sebagai Malaysia Blackwood. (2) ia telah sampai dan diproses di Bangkok Thailand dari hulu Kelantan. Selain itu, ia telah sampai ke Singapore, Brunei dan Indonesia.
  • Pada awal tahun 1970-an di Kelantan sendiri masih tidak tersebar, hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu seperti para perawat/bomoh atau mereka yang mempunyai hubungan/saudara dengan mereka yang tinggal di ulu Kelantan atau mereka yang membuka tanah di sana. Harga pada awal 1970-an adalah RM2.50 sekilo di sekitar Dabong. Tahun demi tahun Teras Kemuning Hitam semakin tersebar dan dijual di kaki lima bandar-bandar di Kelantan dengan jumlah yang kecil. (Nota: rujuk kisah Tok Mat Noor Yaakob dalam entri sebelum ini. Harga pasaran pukal pada masa sekarang sekitar RM70-180 sekilogram berdasarkan gred)
  • Riwayat lisan dari Syeikh/orang tua mengisahkan bahawa Pokok Kemuning Hitam asalnya dari tanah para nabi di timur tengah, atas sebab-sebab tertentu dan ketidaksesuian cuaca yang berubah menjadi semakin panas membawa kepada kepupusannya, lalu dibawa ke Tanah Melayu yang suhunya sesuai untuk semua jenis pokok.
  • Kemuning Hitam adalah pokok tabib/bangsawan dalam kalangan pokok. Tumbuh di tapak istana batu. Ianya pokok paling misteri sejak sekian lama kerana hanya dijumpai terasnya di kawasan bukit berbatu, tetapi tidak dikenali pokoknya yang hidup.
  • Dimana-mana penjuru dunia baik afrika, eropah atau asia ~teras atau hati pokok yang berwarna hitam amat dihargai. Teras Kemuning Hitam salah satu ‘hati pokok’ yang terbaik warna hitamnya setanding abanos afrika (dalbergia) atau mana-mana jenis ebony (diospyro).


HABITAT
  • Daerah Gua Musang, Kelantan dan daerah Merapoh, Pahang adalah 2 daerah bersaudara yang mempunyai banyak persamaan, yang geologi bentuk mukabuminya banyak dipenuhi oleh bukit batu kapur. Dari kedua daerah ini majority Teras Kemuning Hitam diperolehi. [Nota: Sekitar tahun 1996 atau 1997 seorang pakcik dari Perlis dating ke kaki lima di Kota Bharu menjual teras kemuning hitam. Beliau membawa satu tunggul yang agak besar yang diperolehinya di Perlis. Penemuan di Perlis diakui oleh seorang sahabat di Perak, kena berjalan 6 jam untuk sampai ke kawasan yang mempunyai Teras Kemuning Hitam]
  • Pokoknya tumbuh pada tanah tinggi berbatu dan pada dinding atau puncak bukit batu kapur. Hanya dari kedua jenis kawasan ini (berbatu dan tinggi) teras Kemuning Hitam diperolehi.
  • Pokoknya yang tumbuh pada 2 jenis kawasan ini (berbatu dan tinggi) bersifat renek dan berit lebih berpotensi untuk berteras, kerana tekanan persekitaran yang lebih susah mendapat sumber air dan nutrient untuk hidup.
  • Teras kemuning hitam tidak ditemui di tanah pamah. Jika ditemui pokok kemuning hitam pada tanah pamah/rendah biasa pokoknya bersaiz lebih besar dan jika ditebang kebiasaanya tiada teras hitam didalamnya. Jika ada pun dengan nisbah saiz batang pokok sebesar satu pemeluk dan terasnya hanya sebesar betis. Dikisahkan (1), sebatang pokok besar ditebang namun hanya pada bahagian-bahagian tertentu sahaja terdapat teras hitam (iaitu sedikit pada umbi, dan sedikit pada bahagian cagak) bukan dari umbi terus hingga ke atas. Dikisahkan juga (2), pokok kemuning yang bersaiz besar ditebang namun tiada teras didalamnya.
  • Disebabkan itu ada teori yang sekian lama beredar daripada pencari yang mengatakan pembentukkan Teras Kemuning Hitam adalah selepas pokoknya mati dan hendak mereput. [Nota: antaranya oleh Almarhum Poksoh pengasas Teh Sampuri. Perkataan Sampuri berasal dari ungkapan 'Siapa Amal Minum Peroleh Ubat dan Rawat InsyaAllah]


PENCARIAN, CARA AMBIL DAN KEADAAN DITEMUI
  • Pencarian biasa berkumpulan melebihi 3 orang.
  • Sesetengah pencari akan bermunajat dan meminta petunjuk malam sebelum bergerak masuk ke satu-satu bukit untuk mencari teras kemuning hitam. Arah bukit manakah yang mempunyai khazanah teras kemuning hitam dan minta keselamatan.
  • Dalam pencarian tersebut, biasa kena berjalan beberapa jam terlebih dahulu, ada bermula dengan penemuan yang kecil sebesar ibu kaki, namun ia mesti diambil. Walaupun kecil, ianya tetap penawar. Setidak-tidaknya dapat dimanfaatkan untuk sebiji dua permata cincin. Penemuan yang kecil/sedikit itu satu ujian hati samada mengeluh atau bersyukur.
  • Asalnya, pencarian specimen Kemuning Hitam adalah di kawasan bawah bukit batu kapur dengan berbekalkan sebilang parang untuk menakik ‘kayu buruk’  tersebut. Kesan takikan tersebut dapat membezakan kayu buruk biasa atau kemuning hitam. Kekadang takikan membawa kepada penemuan penawar hitam. Bagi mereka yang mahir, pandangan mata kasar sudah cukup mengenalpasti kayu-kayu buruk tersebut dan sedikit takikan hanya perlu sahaja.
  • Nisbah penemuan kemuning hitam: penawar hitam = 50:1 di kawasan bukit berbatu dan tinggi. Penemuan lebih banyak bagi teras kemuning hitam kerana 2 faktor utama (1) habitat penawar hitam kurang sesuai di tanah tinggi berbatu (2) Jika ada dan telah jatuh ke bawah ia lebih mudah reput bagi penawar hitam.
  • Bagi sesetengah pencari yang berkemampuan dan mempunyai kemahiran, mereka akan memanjat bukit batu kapur yang curam untuk mencari kemuning hitam. Biasanya tali dan guni akan digunakan untuk memanjat, menurun dan membawa hasil turun. Mereka ini kumpulan pencari intensif dan sepenuh masa.
  • Teras akar kemuning hitam terdapat dicelah-celah dinding batu kapur. Teknik pahat batu digunakan untuk mengambil atau mengeluarkannya. Yang mana tidak dapat dikeluarkan keseluruhannya dari celah batu akan dikeluarkan setakat mana yang boleh sama ada dengan cara mematahkannya atau memotongnya dengan gergaji atau parang.
  • Ada kumpulan pencari berkhemah atau tidur dalam gua untuk meneruskan pencarian pada esok harinya. Bagi kumpulan kecil atau disertai oleh ahli keluarga, biasa sebelum pukul dua petang kena keluar dari hutan untuk pulang kerana apabila lewat keluar dari hutan biasa ada yang lain akan ‘mengikut’ sampai ke rumah. [Nota: ada kes setelah pulang ke rumah, lepas maghrib terlihat ada sosok yang melihat dari tingkap cermin ke dalam rumah, sosok itu giginya besar-besar]


SIFAT TERAS KEMUNING HITAM YANG DITEMUI
  • Ada beberapa keadaan Teras Kemuning Hitam yang baru ditemui, iaitu (1) masih mempunyai gubal yang tebal pada hampir keseluruhan batang yang ditemui (2) masih mempunyai gubal tetapi telah nipis atau tinggal selaput keputihan sahaja (3) tiada selaput keputihan dan terus kepada teras hitam yang keras (4) teras hitam yang keras telah diselaputi kuping-gelomok
  • Darisegi warna, yang no (4) lebih gelap diikuti oleh no (3), no (2) dan no (1). Ini kerana yang no (4) telah lama terdedah kepada kelembapan persekiran dan telah sebati dengan daging hati terasnya; dan biasanya yang telah lama jatuh di atas tanah. Yang no (1) biasa masih berada pada tempat ia tumbuh.
  • Struktur bentuk Teras Kemuning Hitam yang dijumpai (1) dikategorikan sebagai lurus (2) dikategorikan sebagai bengkok (3) dikategorikan sebagai berpilin, dan urat stria berpilin boleh dilihat daripada rekahan halus pada batangnya. Bagi ketiga-tiganya ada yang bercabang-cabang dan ada yang berbonggol-bonggol. Sifat berbonggol adalah sifat dominan pada teras kemuning hitam. Bonggolan terjadi pada cagak, dan cenderung untuk buruk pada bahagian dalam bonggol, serta cenderung serpih pada bahagian atas bonggol; jika telah serpih (atau diumpil) ia tinggal bentuk 'cawan'.
  • Saiz kebiasaan Teras Kemuning Hitam yang ditemui yang paling besar sebesar paha, kemudian betis, lengan dan jejari…..ada yang panjang dan ada yang pendek-pendek. [Nota: sample Teras Kemuning Hitam  bersaiz luaran hampir sepemeluk ada ditemui…dikira museum grade. Pernah dimiliki oleh Almarhum Pokku Hassan Pasir Mas].
  • Gred yang terbaik ialah yang lurus panjang besar padat, kerana (1) mempunyai urat lurus dan jika dibuat produk seperti biji tasbih ia kurang memecah (2) apabila ia lurus…dapat hasil maksimum dan terbaik (lurus dan panjang) apabila dibelah/dipotong…meminimumkan reja-reja atau lebihan keratan (3) mudah untuk dipotong.
  • Teras kemuning hitam gred panjang (gred tongkat) lebih rare/bernilai daripada gred ketulan/butut/butir yang pendek dan kecil. Permintaan untuk tongkat Teras Kemuning Hitam lebih tinggi.
  • Bahagian umbi yang sempurna dan butir butut yang besar adalah rare dan mendapat permintaan ramai. Begitu juga yang mempunyai bentuk-bentuk yang unik semulajadi.
  • Teras Kemuning Hitam diselaputi oleh gubalnya yang berwana lebih cerah kontras dengan warna hitam terasnya, dan ketebalan gubal ini tidak tentu (ada bahagian yang tebal dan nipis sedikit). Setelah pokok kemuning hitam mati (samada mati tua, mati buruk umbi, mati sakit batang serkah ditiup ribut, mati hutan terbakar atau mati kering kemarau) maka gubal tadi mereput tahun demi tahun, dengan lain kata ia menjadi semakin nipis setelah berlalu masa....sehingga tinggal selaput nipis sebelum teras hitamnya...disebabkan itu ditemui teras kemuning hitam mempunyai gubal/selaput putih. Jika masih lagi ditempat sama (bukit batu kapur) dan kena hujan-panas tahun demi tahun maka keseluruhan selaput gubal akan hilang dan akan tinggal keseluruhan teras hitam sahaja (sama situasi tunggul Abanos di Afrika)…dan jika lebih lama lagi akan terbentuk kuping-gelomok pada lapisan luar lebih-lebih lagi jika telah jatuh diatas tanah.


PEMBERSIHAN & BERHATI-HATI
  • Lapisan gubal dan kuping-gelomok yang tebal (masih tebal) boleh dibersihkan dengan pelbagai cara. Antara dengan menorah dengan parang atau menggunakan mesin pencanai ataupun kikir kasar.
  • Jika gubal hanya tinggal selaput atau lapisan kuping-gelomok yang nipis sahaja, boleh dibersihkan dengan berus besi/tembaga, kikis dengan parang/pisau, guna mata gergaji besi atau kikir.
  • Selepas dibersihkan (tarah, grind, kikir berus + air) rupa luaran Teras Kemuning Hitam menjadi 'tidak hitam' tetapi sedikit kekuningan. Untuk lebih cepat nampak hitam, teknik gosok sesama mereka boleh digunakan.
  • Walaupun Teras Kemuning Hitam adalah Teras 99 Penawar, namun 2 perkara utama perlu berhati-hati semasa pembersihan, iaitu (1) habuk terutamanya daripada teras yang telah berkuping-gelomok/yang lama…kerana ia boleh menyebabkan masalah pernafasan (2) bahagian selumbar atau hujung kecil ‘keras-tajam’…yang sangat mudah melukakan tangan/kulit…atau jika tercucuk yang saiz tertentu sakitnya berdenyut-denyut (ubatnya...minum air rendamannya dan sedikit disapu pada tempat tercucuk)
  • Untuk keselamatan, pakai penutup hidung mulut untuk melindungi daripada habuknya, pun begitu masih ada jelaga hitam dapat masuk dalam hidung.


REPUT TAPI KERAS, BURUK TAPI BARU, KUNYIT DALAM KAYU HITAM
  • Sebahagian luaran teras kemuning hitam yang baru dikutip nampak seakan reput dan buruk dek kuping-gelomok yang terbentuk akibat hujan panas dalam tempoh yang lama. Lapisan kuping-gelomok ini bukan daging teras yang pejal, ianya bahagian reput terbentuk dek hujan panas basah kering.
  • Apabila telah dibersihkan lapisan kuping-gelomok sehingga sampai ke daging teras yang pejal –maka tiada lagi rupa yang repuk buruk dan terbiar. Ianya teras yang memang keras!.
  • Apabila digosok sehingga bersih berkilat –ianya lebih keras dan kelihatan lebih baru daripada kebanyakkan kayu pokok hidup yang baru ditebang. Kehebatan dalaman terasnya terserlah iaitu –keras, baru, berkilat  -walaupun telah lama menjadi ‘kayu buruk’ dimamah hujan dan panas.
  • Semasa dibersihkan teras kemuning hitam yang baru ditemui, dan diumpil-dibelah bahagian yang nipis  –terserlah warna kuning kunyit yang segar terselindung dalam kehitamannya. Warna kekuningan juga boleh dilihat apabila baru ditakik, baru dibelah, baru dipotong atau baru diberus bersama air. Kemudian warna kuning kunyit tersebut beransur menjadi semakin hitam bila terkena udara.


SIFAT, KEGUNAAN & KEISTIMEWAAN
  • Ia dikira teras antirepuk atau susah untuk reput.
  • Semua teras kemuning hitam tenggelam dalam air. Tidak semua teras kayu tenggelam dalam air walaupun ia dalam kategori teras.
  • Keluar dengan agak cepat herba kekuningan laksana teh atau iodine (ubat luka) apabila direndam atau direbus. Boleh dibilang dengan jari teras atau kayu yang mengeluarkan herba berwarna apabila direndam atau direbus. Ia tiada bau dan tiada rasa (kecuali bagi rendaman/rebusan pertama bagi teras yang telah lama mati dan baru dibersihkan, iaitu ada rasa sedikit lecah…kemudian rendaman/rebusan seterusnya tiada rasa).
  • Ia ketulan teras penawar yang boleh digunakan banyak kali. Setiap ketulan kecil/kiub yang telah direndam/direbus boleh digunakan banyak kali (sampai 9x atau lebih) bergantung. Rendam/rebus kemudian dikeringkan (recharge). Jika direndam semula ketulan yang kering yang telah digunakan sebelum itu, warna herba kuningnya lebih baik/pekat sedikit berbanding direndam dalam keadaan basah. Namun, semakin banyak kali digunakan/rendam/rebus ketuaan warna kuning herbanya semakin berkurang.
  • Ia teras yang keras padat. Biasa mesin belah berasap membelahnya, dan cepat menumpulkan mata parang atau kapak yang digunakan untuk memotongnya.
  • Ia teras yang paling dihargai dan dimanfaatkan dalam pelbagai bentuk, walaupun serpihan. (1) perhiasan arca semulajadi (2) tongkat (3) tasbih (4) gelang (5)permata cincin (6) keychain (7) cotar (8) kayu urut (9) hulu/sampir/kasut pisau/keris (10) sudu/sodek. Secara tradisi ia dimanfaatkan (1) air rendaman/rebusan (2) pati minyak (3) ketulan dimasukkan dalam masakan seperti dalam nasi –nasi jadi kuning. [Nota: Pernah Teras Kemuning Hitam berbentuk seakan naga berlingkar bersaiz sebesar tayar kereta ditukar dengan sebuah kereta 2nd hand oleh seorang Cina. Kemudian teras kemuning hitam tersebut dijual ditanah besar China dengan nilai yang lebih tinggi. Kisah Almarhum Pok Soh Teh Sampuri]
  • Ia disebut sejak lama dahulu sebagai teras penawar yang besar atau teras 99 penawar. Sifat kepenawarannya itu disamping kekerasan yang dimilikinya menjadikan ianya tidak sesuai untuk dibuat sarung penuh pisau, golok, keris. Tidak mengapa bagi hulu pisau golok atau sampir keris. Sifat kepenawaran kemuning (dan sesetengah kayu teras penawar lain) menawar apa yang bias, menumpulkan apa yang tajam. Mata senjata yang tajam bila selalu bergesel dengan dinding sarung yang keras (dan tenggelam) bak batu, akan menumpulkan matanya yang tajam. Begitulah pengalaman tukang sarung dan sahabat yang terlibat.
  • Berkata para pembuat tasbih dan penggunanya – Tasbih Teras Kemuning Hitam adalah paling cepat menjadi hitam cantik berkilat (dalam tempoh sebulan sudah mula berubah) dan kilatannya itu tidak dapat ditandingi oleh majoriti tasbih kayu-kayu lain.
  • Khasiat kelebihan kepenawaran Teras Kemuning Hitam dibilang sehingga 99 perkara. Daripada 99 perkara tersebut, Teras Kemunig Hitam menjadi penawar yang amat mujarab dan dikira penawar amat utama bagi sebahagian perkara tersebut. Daripada 99 perkara tersebut juga, ia menjadi penawar yang mujarab dan utama bagi sebahagian perkara tetapi ada penawar/herba lain yang ‘amat mujarab atau amat utama’ dalam hal perkara tersebut (ia menjadi penawar bagi perkara tersebut, tetapi ada penawar lain yang lebih utama…atas satu-satu perkara ada banyak/beberapa penawar yang boleh digunakan dan bergantung pada sekong rasi). Begitulah seterusnya.

Allahu alam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...