SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt.

Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca.

Wassalam.

Wallahu'alam.

Gem's Lover

Saturday, August 1, 2009

Keutamaan: Fadhilat Amalan/Doa dan Khasiat Batu Mulia

Sinopsis daripada seorang Ustaz:

Amalan ‘lebih utama’ daripada khasiat batu mulia. Power seseorang manusia itu berdasarkan setara mana dia hampir kepada Allah swt.”

Imbasan:

Dalam al-jauhar disebutkan ‘sepintas lalu’ tentang faedah batu mulia dalam dalam Bab Yang Ke-19 Pada Menyatakan Kelebihan Doa iaitu bab yang menyatakan hal-hal berkaitan doa. Batu mulia sebagai pakaian perhiasan tubuh, doa sebagai amalan diri. Maksud daripada selitan sepintas lalu itu ialah supaya lebih baik dipakai batu mulia tersebut bagi mengambil manfaat penciptaannya, disamping yang lebih utama dituntut ialah ‘doa’ itu sendiri. Memakai cincin juga menpunyai doanya. Pemakaian batu permata/mulia adalah sebagai ‘sebab’ bagi mendatangkan faedah yang disebutkan dengan izin-Nya. Faedah-faedah tersebut ditulis setelah dilakukan tajribah dan disahkan terlebih dahulu. Hendak pakai lebih elok, tidak pakai tiada masalah. Kalau pakai, tidak ‘nampak berguna’ kalau bukan pada masanya; sebaliknya jika dipakai tetapi kita tidak menggunakannnya, ia ‘akan berguna’ bila tiba masa yang dikehendaki-Nya.

Diri manusia yang hidupnya tiada amalan (doa) seumpama kerangka rumah tiada berdinding dan tiada beratap.

Sebagaimana sebuah rumah beratap zink yang setiap keping zink tersebut dilekatkan dengan 4 pucuk paku payung pada 4 penjurunya, dengan ‘memakai batu mulia’ seperti kita menambah lagi sepucuk paku payung pada bahagian tengahnya, menjadikan zink tersebut lebih kukuh daripada sebelumnya bagi menahan angin kuat atau ribut yang sekali sekala melanda. Disini paku payung tersebut adalah sebagai alat dan ‘sebab’ bagi melekat serta mengukuhkan lagi atap zink tersebut. Paku payung yang kelima ini sebagai ‘penyokong tambahan’ atau ‘pelekat tambahan’. Jika tidak dipaku dengan yang sepucuk ini pun tidak ada apa masalah, sudah lekat atap zink tersebut dan sudah dapat berteduh dari panas serta hujan, tapi kalau dipaku lebih kukuhlah bahagian yang dipaku itu. Namun yang yang lebih penting ialah kekuatan tiang dan struktur asas rumah itu sendiri.

Wallahu’alam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...