SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2016)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



MEMBEKAL TERAS KEMUNING HITAM ASLI MENTAH & TASBIH

Pihak kami sedia membekalkan TERAS KEMUNING HITAM ASLI dalam kuantiti yang besar kepada pihak yang berminat. Hubungi untuk maklumat lanjut. Bermula Oktober 2015, pihak kami hanya membuat dan menjual tasbih Kemuning Hitam Asli hasil kerjatangan tukang-tukang dalam Malaysia sahaja dan sumber kemuning hitam juga 100% dari Malaysia.

MEMBEKAL TONGKAT ALI AKAR YANG BELUM DIPROSES & BUAH TONGKAT ALI

Jenis HITAM (POLYALTHIA BULLATA), KUNING/PUTIH/PASAK BUMI (EUROCOMA LONGIFOLIA) dan PINK/MERAH (JACKIA ORNATA). Kapasiti dapat bekal 500 - 700 kg sebulan untuk setiap jenis. Harga RM25 sekilogram. Berminat sila hubungi pihak kami.
Pihak kami juga sedia membekalkan hasi hutan/herba yang bersifat liar seperti (1) Raja Satong (2) Kacip Fatimah (3) Rempah Gunung (4) Ubi Jaga (5) Ubi Caring (6) Ubi Dagek (7) Ubi isi Terung Cekemar (8) Tongkat Ali Kuning (9) Tongkat Ali Hitam (10) Tongkat Ali Merah/Haji Samad (11) Madu Tualang Asli (12) Madu Kelulut Asli (13) Kulat Susu Harimau.....juga tunggul/kayu antik eksotik estetik seperti (14) Teras Kemuning Hitam (15) Teras Kemuning Kuning/Emas (16) Burlwood/Butut Kayu

Monday, February 14, 2011

Kisah.....Fadhilat Amalan

[Nota: dipetik dan dicopy-paste seadanya oleh tuan_blog daripada syarah lisan yang berkaitan, dan diizin/digalakkan oleh pensyarahnya untuk disebarluaskan


KISAH
Terdapat seorang hamba Allah, usianya sudah lebih 100 tahun, masih ada lagi. Sejak dari mudanya lagi dia mempunyai amalan yang tidak bersyarat yang diterima daripada guru-gurunya, beserta fadhilat setiap amalan tersebut. Kira-kiranya, amalan tersebut dilakukan dengan berdisiplin setiap hari sejak dari mudanya untuk mendapat fadhilat yang disebutkan. Dengan izin Allah, pelbagai kelebihan ada padanya. Suatu hari, suatu masa dahulu, seorang hamba Allah berusia sekitar 30 tahun lebih muda daripadanya datang bertandang kerumahnya. Bermulalah perkenalan, dan mereka saling mengunjungi. Mereka berdua mempunyai minat dan kecenderungan yang sama. Setiap kali bertemu, mereka berbincang hal yang berkaitan. Apabila tiba pada bab kaitan antara “amalan, fadhilat & niat”, terdapat perbezaan cara meletakkan niat. Bagi merungkaikan perbezaan-perbezaan tersebut, jadi ditimbulkan persoalan-persoalan yang asas, antaranya: Beramal kerana Allah atau beramal ditujukan untuk mendapat fadhilat? Beramal puji Allah atau beramal untuk dapat fadhilat? Adakah amalan untuk fadhilat itu yang dituntut oleh Allah? Yang mana satu yang dimaksudkan atau lebih menghampiri dengan makna ‘tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu”? amalan yang mana satu yang lebih murni tujuannya kerana Allah semata-mata? Amalan yang mana satu kira-kiranya lebih Allah sukai? Amalan yang mana satu yang dapat dijadikan bekalan untuk pulang ke akhirat nanti? Adakah amalan tadi dapat menentukan/menjamin mesti dapat fadhilatnya? Diringkaskan cerita, setelah berfikir dan merenung kembali persoalan-persoalan asas tersebut…hamba Allah yang lebih berusia tersebut mengakui bahawa jalan amalannya adalah untuk fadhilat (kehendak diri atau tujuan dunia) bukan untuk puji Allah atau mengingatiNya atau untuk menghampirikan diri kepadaNya atau untuk membersihkan diri atau untuk mencari redhaNya dengan amalan yang dilakukannya. Kemudian dia menukar niat amalannya tersebut atas dasar puji Allah. Segala bacaan zikir dan ayat Quran ditujukan untuk menghampiriNya, untuk mendapat redhaNya, untuk membersihkan diri, untuk mengharap keampunanNya. [Fadhilat amalan berhasil atau berlaku dengan izin Allah. Tahu akan fadhilat sesuatu amalan tidak salah, tetapi amalan tersebut hendaklah dilakukan semata-mata kerana Dia, demi Dia dan untuk Dia]. Namun, selepas daripada itu, Allah swt tetap memberi kelebihan-kelebihan kepadanya sebagaimana sebelumnya walaupun dia beramal bukan untuk tujuan mendapat kelebihan-kelebihan tersebut. Ujar penpensyarahnya "bahawa kelebihan itu datang secara automatik (dengan izin dan kehendak Allah) apabila puji Dia, tidak perlu beramal ditujukan untuk mendapat kelebihan tersebut". Kedua-dua individu dalam kisah diatas masih ada.

****


Entri kali ini sambungan kepada entri “keutamaan amalan vs khasiat batu mulia” dengan sinopis “amalan lebih utama daripada khasiat batu mulia. Power seseorang manusia itu berdasarkan setara mana dia hampir kepada Allah swt”.

Umumnya, ada 2 golongan. Per-1 golongan yang tidak beramal. Ke-2 golongan yang beramal, ada yang istiqomah dan ada yang tidak. Manakala golongan yang beramal terbahagi kepada 2 iaitu per-1 beramal ditujukan kerana Allah swt semata-mata dan ke-2 ditujukan untuk memenuhi kehendak diri/nafsu. Kedua-dua golongan yang beramal itu “harus” mempunyai power, dengan izin Allah. Dikatakan “sesiapa yang beramal dia ada power”. Dan setiap patah amalan/doa akan jadi mugo/benda (bergantung kepada niat, dan dengan izin Allah).

Ujar pensyarahnya "Bagi yang per-1, power/keberkatan yang diperolehi/dikurniakan kepadanya adalah tanpa diminta/diniatkan kerana amalannya ditujukan kerana Allah swt semata-mata, dikatakan “puak puji Allah”. Manakala yang ke-2, power yang ada itu disebabkan dia memang beramal untuk mendapat khasiat/fadhilat/power/benda dan biasa dikategorikan sebagai “ahli kebatinan”. Kudrat mahkluk adalah utk melaksana/berusaha/ikhtiar, kudrat Allah memberi bekas atau menentukan.

Beramal kerana Allah semata-mata adalah beramal kerana persedian untuk mati.

Beramal untuk memenuhi kehendak nafsu ialah beramal supaya Allah mengabulkan hajat/kehendak kita yang tidak putus-putus. Dikatakan “beramal untuk kaut dunia”.

Kedua-duanya adalah beramal untuk menghampiri Allah swt. Yang per-1 adalah semata-mata beramal/ingat/puji untuk menghampiri-Nya dan tidak nampak/ingat akan kehendak nafsu/dunia [sebenar-benar tujuan hati kerana puji Allah]. Dan yang ke-2 beramal/ingat/puji adalah supaya Allah memenuhi kehendak nafsu (kehendak dunia) [sebenar-benar tujuan hati kerana hendak benda].

BUAT AMAL KERANA ALLAH TAALA VS BUAT AMAL UNTUK KAUT DUNIA
Yang dikehendaki dalam membuat amalan ialah amalan tersebut ditujukan kepada Allah semata-mata tanpa nampak benda lain. Amalan yang ikhlas semata-mata kerana Allah ialah amalan yang tidak nampak atau berkehendak kepada dunia. Sesetengah golongan, mereka beramal untuk menghampiri Allah swt untuk mendapat perkara dunia atau disebut “beramal untuk kaut dunia”. Beramal yang sebenarnya adalah semata-mata untuk mengingati Allah swt dengan memujiNya, membersihkan diri dengan beristighfar kepadaNya, membesarkanNya...semua ingatan kepadaNya ini adalah untuk menghampiriNya semata-mata tanpa ada rasa atau niat ditujukan pada kehendak dunia.

FIKIR KEMBALI
Adakah amalan/doa tadi menjamin hajat kita tercapai (memberi bekas)? Hakikatnya, tercapai atau tidak itu atas kehendak-Nya. Dia menghendaki hamba-hambaNya supaya beramal kerana Dia, untuk Dia dan demi Dia semata-mata. Maka sekiranya amalan ditujukan kepada kehendak dunia, adapun dapat atau tidak dapat fadhilat itu pada asalnya “harus” pada Allah swt untuk memberinya atau tidak. Kerana dapat atau tidak dapat, berjaya atau tidak berjaya itu bukan terletak pada amalan, tetapi terletak pada kehendak-Nya jua. Amalan sebagai sebab. Allah bermuamalat dengan makhlukNya melalui peraturanNya yang disebut sebab-musabbab. Sekiranya Allah memberi kepada kita, maka kita akan dapat perkara dunia tersebut, namun akan “kosong” apabila pulang ke negeri akhirat nanti (disebabkan niat amalan tadi untuk dapat benda dunia, bukan dilakukan kerana sebenar puji Dia..). Sebaliknya jika Allah tidak memberi kepada kita, maka kita tak akan dapat hajat dunia tersebut, malahan di akhirat nanti akan “kosong” sebab amalan tadi ditujukan kepada hajat dunia. Maka, yang selamat dan yang sebenarnyanya ialah buat amalan untuk memuji Allah untuk mengingati Allah untuk membersihkan diri untuk menghampirkan diri kepadaNya supaya Allah redha kepada kita...semata-mata.

DIA MAHA MENGETAHUI DAN MAHA PEMURAH
Allah yang bersifat dengan sifat Maha Mengetahui, maka dia maha mengetahui hajat hamba-hambaNya. Sekiranya amalan dilakukan dengan tujuan untuk kehendak dunia, Dia maha tahu tujuan hati tersebut. Dia maha tahu bahawa hambaNya ini ada kehendak dunia, dan amalannya itu ditujukan untuk mendapat kehendak dunia tersebut. Sekiranya amalan dibuat ditujukan kepadaNya semata-mata tanpa ada hajat dunia, maka Dia juga maha tahu. Dia maha tahu bahawa hambaNya ini ada kehendak dunia, namun amalannya ditujukan semata-mata untukNya. Antara keduanya Dia maha tahu siapa yang lebih ikhlas kepadaNya dalam beramal (memujiNya...). HambaNya yang lebih ikhlas semata-mata keranaNya adalah hambaNya yang lebih diredhaiNya. Hakikat kehampiran itu ialah siapa yang paling diredhaiNya. Adapun pemberian fadhilat itu bergantung kepada kehendakNya jua. Maka, mereka yang untung dan selamat dunia dan akhirat ialah mereka yang beramal ikhlas semata-mata ditujukan kepadaNya tanpa nampak atau ada kehendak dunia dalam beramal. Yang lebih teruk lagi yang jelas “beramal untuk kaut dunia..”. Ada yang bercampur secara tidak sedar “beramal untuk kaut dunia..”. Allahu a'lam.

KITAB YANG MENERANGKAN FADHILAT AMALAN
Allah swt menjadikan Al-Quran itu sebagai petunjuk dan penawar. Setiap huruf, kalimah, ayat dan surahnya mempunyai fadhilat yang tersendiri. Ada untuk tujuan penyembuhan dalam perawatan, ada untuk ilmu besi, ada untuk ilmu perang, ada untuk ilmu kependekaran dsbnya. Jadi bagaimana untuk beramal dengan ayat-ayat untuk fadilat tertentu ini? Adapun penerangan tentang fadhilat/khasiat amalan daripada kitab atau lisan tadi sebagai satu ilmu atau pegetahuan kepada kita. Ayat sekian fadhilatnya sekian, contohnya ayat Kursi fadhilatnya untuk sekian-sekian. Maka apabila hendak beramal, maka tujuan hati dalam membaca ayat kursi tadi atas tapak lilllahitaala..samada atas tujuan mengingatiNya atau memujiNya atau membersihkan diri atau menghampiriNya. Ujar pensyarahnya "kita ambik ayat Kursi tadi untuk buat puji/ingat/ menghampiri padaNya". Sama halnya penerangan tentang khasiat/kelebihan batu/kayu/besi permata, ianya sebagai ilmu atau pengetahuan. Semua atau segala fahilat/kelebihan itu tertakluk pada izin Allah 100%.

BERAMAL PADA MASA TIADA HAJAT & BERAMAL PADA MASA ADA HAJAT
Hamba-hambaNya tidak boleh lepas dari berhajat. Antara masa ada hajat dan tiada hajat itu silih berganti. Hajat itu pelbagai. Fadhilat amalan juga pelbagai. Terdapat fadhilat amalan yang khusus untuk hajat tertentu, manakala amalan yang lain pula untuk hajat yang lain. Sama seperti kes batu Delima Merah kelebihannya untuk sekian-sekian, manakala batu Firuz kelebihannya untuk sekian-sekian (sebagaimana disebut dalam kitab). Sesiapa yang hajat/bidangnya kependekaran, maka sebaiknya diambil ayat/amalan yang berkait dengan hajat/bidangnya tersebut. Begitu juga hal batu permata, jika hajatnya bertepatan dengan kelebihan Delima Merah, maka lebih baik dipakai/tanggung batu jenis ini daripada jenis yang lain. Semua atau segala fahilat/kelebihan itu tertakluk pada izin Allah 100%.

Amalan…doa, harap, tawakkal…usaha…berpadu semuanya.


Wallahu a’lam.

*tukang penyampai dan tukang copy-paste seadanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...