Pendahuluan:
- Tujuan rawatan pada batu permata ialah untuk (1) mempertingkat rupa batu menjadi lebih cantik dan (2) mempertingkat ketahanan batu, bagi batu tertentu (3) membuat atau meniru ciri atau sifat sesuatu batu asli seperti banding pada corundum
- Mempertingkatrupa batu supaya lebih cantik khususnya darisegi 2 perkara utama iaitu (1) klariti dan (2) warna.
- Rawatan dilakukan samada kepada (1) batu yang masih rough atau yang (2) telah siap dipotongcanai.
- Rawatan dikenakan kepada (1) batu permata “asli” (natural) dan juga (2) kepada batu “tidak asli” (sintetik, product artifisal) itu sendiri.
- Bagi batu natural, diklasifikasian “natural untreated/unheated” (batu asli semulajadi dan tidak dikenakan sebarang rawatan padanya) dan “natural treated/enhanced/heated” (batu asli semulajadi dan telah dikenakan rawatan padanya).
- Bagi batu sintetik atau produk artifisal tidak perlu diletakkan "untreated/treated" kerana ia sendiri adalah batu synthesis (dimasak/dibuat).
- Rawatan pada batu permata bermula sekitar 4000 tahun dahulu lagi, tetapi semasa abad ke 20 dan sehingga kini, kaedah rawatan atau pertingkatrupa batu telah berkembang dengan lebih maju lagi.
Kaedah-kaedah prinsip rawatan
artifisal ada 3 iaitu:
(1) Rawatan
haba (heat treatment)
(2) Rawatan
iradiasi (irradiation treatment)
(3) Rawatan bahan
kimia (chemical treatment) termasuk penwarnaan (staining), pememutihan (bleaching), impregnasi dan
modifikasi permukaan batu.
No comments:
Post a Comment