SELAMAT BERTAMU & MENJAMU MATA SAMBIL MEMBELI

Assalamu'alaikum wrt wbt. Segala bahan yang terdapat dalam blog ini adalah hak milik ZAMRUDTECH. Oleh yang demikian, sebarang penghasilan semula hendaklah diajukan kepada ZAMRUDTECH terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Hakcipta terpelihara dan diketahui Allah swt. Segala ilmu adalah milik mutlak Allah SWT. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan terkandung didalamnya adalah pemahaman, pegangan serta buah fikiran saya tentang dunia batu permata dan sekitar perkara berkaitannya. Sebarang kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian blog ini dan perkhidmatan yang ditawarkan, saya dahulukan dengan permintaan maaf. Sebarang cadangan dan pembetulan sila emailkan ke zabarjad99@yahoo.com. Harapan saya, semoga segala paparan dalam blog ini dapat memberi faedah kepada para pembaca. Wassalam. Wallahu'alam.

"Batu Mana Yang Anda Minat, Itulah Batu Anda"

"BATU MANA, jenis apa, warna apa, klariti setara mana, rupa bagaimana, bentuk bagaimana, saiz bagaimana, potongan bagaimana YANG ANDA MINAT...ITULAH JENIS BATU, WARNA, KLARITI, RUPA, BENTUK, SAIZ DAN POTONGAN BATU ANDA!"

Gem's Lover

MAKLUMAN & DISKAUN

Untuk melihat keseluruhan produk-produk yang masih ada dengan pantas, sila klik label "AVAILABLE" (yang lama 2007-2012 ... DISKAUN SEHINGGA 50%) dan AVAILABLE (yang baru 2012-2016)

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Nama: MOHD AZAN B. ABDULLAH
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 162151731846

CARA URUSAN PEMBELIAN & PENGEPOSAN

[1] NYATAKAN KOD PRODUK YANG HENDAK DIBELI KEPADA SAYA [2] SILA MAKLUMKAN SEMULA KEPADA SAYA SELEPAS BANK-IN MENGGUNAKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN SEPERTI DI ATAS [3] BERIKAN BUTIRAN NAMA DAN ALAMAT PENUH PIHAK PEMBELI KEPADA SAYA UNTUK URUSAN PENGEPOSAN [4] SAYA AKAN MAKLUMKAN PENGEPOSAN PRODUK TERSEBUT KEPADA PIHAK PEMBELI, DAN TRACKING NUMBER . [NOTA] TAMBAHAN KOS PENGEPOSAN RM30-50 UNTUK BRUNEI DAN SINGAPORE. HUBUNGI 0178871158.



MEMBEKAL TERAS KEMUNING HITAM ASLI MENTAH & TASBIH

Pihak kami sedia membekalkan TERAS KEMUNING HITAM ASLI dalam kuantiti yang besar kepada pihak yang berminat. Hubungi untuk maklumat lanjut. Bermula Oktober 2015, pihak kami hanya membuat dan menjual tasbih Kemuning Hitam Asli hasil kerjatangan tukang-tukang dalam Malaysia sahaja dan sumber kemuning hitam juga 100% dari Malaysia.

MEMBEKAL TONGKAT ALI AKAR YANG BELUM DIPROSES & BUAH TONGKAT ALI

Jenis HITAM (POLYALTHIA BULLATA), KUNING/PUTIH/PASAK BUMI (EUROCOMA LONGIFOLIA) dan PINK/MERAH (JACKIA ORNATA). Kapasiti dapat bekal 500 - 700 kg sebulan untuk setiap jenis. Harga RM25 sekilogram. Berminat sila hubungi pihak kami.
Pihak kami juga sedia membekalkan hasi hutan/herba yang bersifat liar seperti (1) Raja Satong (2) Kacip Fatimah (3) Rempah Gunung (4) Ubi Jaga (5) Ubi Caring (6) Ubi Dagek (7) Ubi isi Terung Cekemar (8) Tongkat Ali Kuning (9) Tongkat Ali Hitam (10) Tongkat Ali Merah/Haji Samad (11) Madu Tualang Asli (12) Madu Kelulut Asli (13) Kulat Susu Harimau.....juga tunggul/kayu antik eksotik estetik seperti (14) Teras Kemuning Hitam (15) Teras Kemuning Kuning/Emas (16) Burlwood/Butut Kayu

Wednesday, December 26, 2012

sambungan..BEBERAPA RINGKASAN TENTANG RAWATAN ARTIFISAL PADA BATU PERMATA SECARA UMUM: RAWATAN HABA


Rawatan haba

  1. Carnelian (akik merah india dll tempat) sekira-kiranya 99% apa yang ada dalam pasaran adalah telah dikenakan rawatan haba, ianya suatu praktis sejak 2000 sebelum masihi lagi di India.
  2. Dalam abad ke-19 atau lebih awal sedikit, pale green beryl (klik) dikenakan rawatan haba untuk menghasilkan aquamarine, topaz oren dipanaskan menjadi  topaz pink, amethyst  dipanaskan bertukar menjadi citrine (klik burn amethyst), zircon coklat kemerahan dipanaskan bertukar menjadi biru muda atau tidak berwarn.
  3.  Kesemua batu diatas “diubah penampilannya” dengan rawatan haba sebab kualiti kejarangan (rarity) dan populariti permintaan (demand). Pale green beryl ialah  variety beryl yang paling banyak dalam grup beryl, jadi diubah menjadi aquamarine yang lebih rare serta popular daripadanya. Topaz pink lebih jarang dan popular berbanding oren topaz. Natural citrine lebih jarang berbanding natural amethyst. Zircon biru lebih jarang dari zircon berwarna lain.
  4. Semenjak Perang dunia ke-2 , rawatan haba dan relau (furnace) yang digunakan menjadi lebih canggih.
  5. Nilam kelabu ‘air minyak’ (geuda sapphire) dari Sri Lanka bila dipanaskan kepada 1500-1900 darjah C dibawah ‘reducing environment/condition’ (tidak mengandungi oksigen) akan bertukar menjadi ‘biru yang bagus’. Nota: Kebanyakkan nilam secara umumnya, warna birunya cenderung untuk bercampur dengan warna kelabu.
  6. Sebaliknya, nilam biru gelap dari Australia dan lain-lain lokasi boleh “dimudakan” warnanya dengan memanaskan pada suhu 800-1400 darjah C dalam ‘oxidaxing atmosphere’ (mengandungi oksigen –pemanasan terbuka).
  7. Delima keduduk (warna merah keunguan –sebenarnya mengandungi sedikit komponen biru) boleh dibuang komponen biru tersebut supaya nampak merah yang lebih bagus dengan cara pemanasan.
  8. Nilam kuning kehijauan (sebenarnya mengandungi komponen biru bersama) boleh diubah menjadi nilam yang lebih kuning dengan menurunkan komponen biru dengan cara pemanasan.
  9. Gewe/gewang/bulu ayam halus (silk) boleh dibuang atau dikurangkan dengan rawatan haba, dan juga dengan rawatan lain.
  10. Pada hari ini, majoriti lab permata malah GIA sendiri mengandaikan bahwa “semua rubi dan nilam adalah dikira telah dipanaskan (heat treated) melainkan dinyatakan tidak”, yang mana selalunya akan mengandungi perubahan atau penambahan inklusi baru wujud yang menerangkan sejarahnya telah dikenakan rawatab pemanasan. Dalam masyarakat kita disebut "delima bakar = heated" iaitu berlainan dengan istilah "delima masak".
  11. Contoh lain kegunaan rawatan haba ialah, menukarkan zoisite koko dan hijau dari Tanzania kepada warna ‘biru nilam’ yang dikenali sebagai Tanzanite.
  12. Dalam tahun 1940an, Syarikat Linde dari USA mencipta proses resapan warna biru ke dalam korundum dengan cara memanaskan korundum tersebut selama 1 hari dalam serbuk, atau ‘mewarnakan atas permukaan’ korundum tersebut dengan sebatian titanium dan aluminium oxides.
  13. Manakala (bagi korundum) untuk warna merah pula, tambahan kompaun chromium digunakan untuk diresapkan pada lapisan permukaannya berserta pemanasan.
  14. Bagi kes no12 dan 13, batu akan di canai terlebih dahulu, baru dilakukan proses resapan, kemudian dilakukan pengilapan ringan secara teliti untuk membuang lebihan serbuk atau sebatian yang digunakan.
  15. Dengan kaedah rawatan pemanasan juga boleh membuat urat batu (color banding) dan lain-lain inklusi bagi permata produk Verneuil dan lain-lain batu sintetik, menjadikan identifikasinya lebih rumit sedikit.
  16. Bagi amber, warnanya juga boleh “dituakan” sedikit yang mana menjadi kegemaran sesetengah orang, dengan cara memanaskannya pada suhu 150-200 darjah C dalam udara terbuka, tetapi “ketuaan” tersebut tidak sampai sepenuhnya kedalam amber (superficial only).
  17. Antara inklusi dalam amber asli ialah buih-buih halus (klik). Amber apabila dipanaskan dalam minyak bijian Brassica napus (klik) (klik) boleh menghilangkan buih-buih tadi dan menjadikannya lebih jernih, tetapi akan menghasilkan inklusi baru iaitu dikenali sebagai ‘sun spangles’ atau ‘strain disc’ (klik)(klik).
  18. Amber yang dimampatkan atau dikenali sebagai ambroid dihasilkan dengan cara memanaskan bersama tekanan ketulan/ricisan/butir amber yang kecil untuk membentuk satu amber mampat yang besar, tetapi garisan pemisah antara butir amber tadi dapat dilihat.
  19. Jika amber yang mencair yang dipanaskan dan ditekan melalui satu lubang pada kepingan besi, maka satu blok amber yang sekata dapat dihasilkan. Perwarna (dyes) boleh ditambah ke dalam amber yang masih mencair untuk menghasilkan amber yang berwarna. Kaedah inilah yang digunakan untuk menghasilkan “blok getah koka” di Mesir yang dikenali juga sebagai alaman asli, futuran asli, mestika asli.
  20. Wallahu alam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...