Rawatan Iradiasi
- Bab iradiasi ini dalam masyarakat biasa disebut “laser” seperti “batu ini telah kena laser..” dll.
- Banyak spesis permata diiradiasikan untuk mempercantikkan lagi warnanya serta menaikkan nilainya. Nota: bagi sesetengah batu, nilainya lebih tinggi setelah dikenakan rawatan berbanding dalam keadaan asalnya, iaitu sama halnya seperti kes delima afrika yang telah dikenakan rawatan (menjadikannya berwarna merah matang sekata dan klariti yang bagus) lebih bernilai daripada sebelum dirawat (iaitu keaadaannya legap berdaging, batu retak-retak dan tiada warna atau warna sangat pudar).
- Permata akan didedahkan sama ada kepada (1) rays seperti cahaya dapat dilihat (visible light), cahaya lampaunggu (ultraviolet light), X-rays atau gamma rays; atau kepada (2) partikel bertenaga seperti electron, neutron, proton atau partikel alpha.
- Sebahagian Topaz dari Burma dan Russia yang asalnya berwarna kecoklatan boleh bertukar kepada tidak berwarna hanya tidak berapa lama selepas dilombong kerana terdedah kepada cahaya matahari, manakala cahaya lampaunggu pula dapat menukar warna sebahagian batu scapolite.
- Untuk perubahan warna yang lebih kekal, radiasi yang lebih bertenaga seperti x-rays dan gamma rays diperlukan.
- Penggunaan X-rays berkesan pada batu, tetapi perubahan warna sangat tohor hanya senipis kulit sahaja serta akan pudar apabila merentasi masa.
- Gamma rays lebih meluas digunakan, dan selalunya menggunakan sumber cobalt-60 iaitu satu isotop bagi normal Co.
- Bagi topaz tidak berwarna yang terpilih, akan berubah menjadi warna kecoklatan apabila diiradiasi dan rawatan haba pada parameter tertentu mengubahnya menjadi topaz berwarna biru. Sekiranya untuk menghasilkan biru yang lebih tua, akan dikenakan iradiasi menggunakan neutron. Jika untuk biru yang pertengahan pecutan eleckron akan digunakan. Manakala untuk menghasilkan warna biru muda, gamma rays akan digunakan.
- Pelbagai jenis partikel lain digunakan untuk tujuan irradiasi, tetapi banyak kes mereka menjadikan batu tersebut berradioaktiviti. Maka suatu tempoh masa untuk “penstabilan” (cooling-off) diperlukan sebelum batu tersebut selamat untuk dipakai.
- Praktis disesetengah negara maju, batu permata seperti topaz biru, akan dikenakan ujian kandungan radioaktiviti sebelum dijual. Nota: Untreated natural blue topaz amat rare, sekira-kira blue topaz yang ada dalam pasaran (muda, pertengahan atau tua warnanya atas pelbagai nama) seluruh dunia adalah hasil daripada rawatan; untreated natural blue topaz biasa mempunyai sijil bersama.
- Wallahu alam.
No comments:
Post a Comment