...terdahulu 1 (klik)
...terdahulu 2 (klik)
...terdahulu 3 (klik)
Rawatan Permukaan dan Bahan Kimia
- Contoh mudah - proses pencucian barang kemas (yang biasanya bertatahkan permata) adalah satu proses rawatan yang biasa yang melibatkan batu permata, dan ianya penting bagi pekedai atau gemologis untuk tahu dan sedar proses rawatan mana satu selamat dan yang mana satu berisiko merosakkan batu.
- Air sama ada dicampur atau tidak dicampur dengan sabun atau detergent – tidak merosakkan majority batu permata, tetapi rendaman yang kerapkali atau terlalu lama batu yang poros seperti Firuz dan opal dalam air yang bersabun boleh menjejaskan batu tersebut.
- Bagaimana dengan menggosok dengan jari majority batu yang bukan microcrystaline (klik) atau polycrystalline seperti nilam, delima, kecubung, zamrud dsnya? Jawapan: sebenarnya perbuatan menggosok dengan jari pada batu-batu tersebut tidak member kesan atau menjejaskan batu tersebut. Pendapat masam peluh pada jari akan merosakkan batu tersebut adalah tidak benar. Tetapi menggosok batu kesayangan milik orang lain bagi batu yang terpilih dan mahal-mahal seperti rubi, nilam, zamrud….sebaik-baiknya dielakkan kerana adab bukan sebab merosakkan batu. Bagi batu yang sebegitu yang amat dijaga oleh pemilik sampai tahap golok dengan jari pun tidak dilakukan atau jarang-jarang dilakukan, tiba-tiba ada orang melakukan begitu, maka mungkin jadi kurang senang bagi pihak sesetengah pemilik batu.
- Asid boleh digunakan untuk mencuci berlian, tetapi asid yang sama akan ‘mencairkan’ mutiara dan lain-lain batu permata calcareous seperti coral.
- Pelarut organic boleh ‘mencairkan’ lapisan salutan plastik pada batu (yang dikenakan rawatan salutan) atau ‘membuang’ minyak yang dikunci dalam zamrud.
- Penggunaan alat pencuci ultrasonik (klik) lebih berkesan untuk ‘mencuci’ batu permata, tetapi ianya boleh menokok tambah lagi keretakan yang ada pada sesetengah batu seperti batu Topaz dan zamrud (dan minyak dalam batu zamrud amat berkesan dibuang dengan pencuci ultrasonik).
- Agen pememutihan boleh digunakan untuk mencuci permata jenis organic seperti gading, mutiara dan coral oleh mereka yang berkemahiran dan berpengalaman; tetapi bagi mereka yang kurang biasa haruslah mencuba dengan larutan yang lemah dahulu pada bahagian permata organic yang terlindung atau kurang penting.
- Sekadar info, pelbagai impregnasi yang tidak berwarna seperti minyak, waxes dan plastik biasa dikenakan kepada permukaan permata, tetapi kedalaman bahan tadi meresap kedalam batu dan kesan visual yang terhasil antara satu sama lain adalah berbeza.
- Butir gelang atau rantai (beads) dan hasil ukiran daripada Firuz dan lapis lazuli selalunya direndam dalam lilin paraffin lebur (klik) (klik) yang akan memasuki liang-liang pada daging batu dan akan memberi warna yang lebih tua, kemudian dikeringkan, dan seterusnya akan digilapkan kembali permukaannya.
- Jade asli dan pelbagi batu yang digunakan untuk menyamar (simulate) Jade asli seperti soapstone (klik) (klik) dan marmar (marble) selalunya akan dililinkan (waxed); begitu juga firuz kualiti rendah (rapuh seperti kapur tulis dan kurang warna).
- Zamrud biasa dirawat dengan memasukkan minyak dan resin (impregnasi klik)(klik), dan ianya dapat ‘dibuang’ dengan senang dengan cara pemanasan dan pencucian ultrasonik yang menatijahkan batu menjadi lebih ‘berawan putih’. Tambahan: bagi tukang cincin berpengalaman, apabila hendak mengilap cincin bertatahkan zamrud, zamrud akan ditanggalkan terlebih dahulu atau tidak dipasang bagi cincin baru, baru digilapkan baloh/rumah/tangkai/baju sama ada perak dsbnya. Awas, telah banyak berlaku! Batu zamrud yang telah ada sedikit retak halus boleh berisiko menjadi parah dan menjadi putih pada bahagian tersebut, kerana ‘haba’ dari geseran pengilapan tersebut menghilangkan minyak yang dimasukkan kedalam retak; dikatakan zamrud sensitif pada haba.
- Minyak dan resin hanya masuk kedalam liang atau rekahan bolehcapai permukaan (surface reaching crack - klik) sahaja, manakala bahagian yang tidak ada retak minyak dan resin tidak dapat masuk; atau retak ditengah-tengah batu yang tidak bersambung ke permukaan batu juga tidak dapat dimasuki – disebabkan itu zamrud air kaca yang daging kemah tiada retak atau eye-clean/loupe clean minyak dan resin tidak masuk kedalamnya.
- Penggunaan resin seperti Canada balsam (klik)(klik)(klik) dan Opticon (klik)(klik) lebih tahan lama dan mempunyai RI yang lebih hamper dengan RI zamrud itu sendiri, disamping menjadikan rawatan yang dikenakan pada zamrud tersebut lebih susah dikesan.
- Apabila kita memegang sebiji zamrud, adalah tidak penting untuk mengetahui ianya telah diminyakkan (dengan colorless oiling) atau tidak (majoritinya adalah telah diminyakkan) kerana kalau ianya diminyakkan pun ianya satu proses yang diterima diseluruh dunia dan tidak perlu dinyatakan dalam urusan jual-beli; iaitu sama halnya rawatan impregnasi bagi batu firuz. Nota: Kecuali minyak dan resin berwarna dikenakan pada zamrud; biasanya pada kawasan ‘retak” akan nampak lebih hijau daripada kawasan sekelilingnya yang tidak retak, iaitu tidak matching –pewrana tua batu muda –tidak sekata. Ada kes batu seperti ini dibeli sahabat di Dubai tapi siap berserta sijil mengatakan ia natural untreated J
- Penggunaan bahan impregnasi yang berwarna (minyak atau resin berwarna) yang ‘matching’ dengan warna asal batu, sudah tentu akan membuatkan batu tiada cacat cela dan menyakinkan pemandang, tetapi bagi kes bahan impregnasi berwarna ini, banyak pihak berautoriti (di negara maju) pada masa sekarang menggariskan supaya menyatakan kepada pembeli.
- Merentasi masa, perwarna ini akan menjadi pudar dan tidak sekata.
- Antara teknik berkesan untuk mengesan bahan impregnasi berwarna ini ialah dengan merendam dalam larutan tertentu (air putih juga boleh digunakan dalam banyak keadaan) akan menyerlahkan retak dan warna yang berkumpul dalam retak tadi.
- Minyak dalam batu boleh keluar dari retak batu apabila dipanaskan (atau berada di negara beriklim panas atau musim panas) dan boleh dikesan dengan mengelap dengan kain putih bersih.
- Wallahu alam...bersambung insyaAllah
No comments:
Post a Comment